
MENCARI SAKINAH
Kehidupan yang tidak pernah sunyi dari masalah itulah "kita".Gelodak jiwa sering kita alami walau tanpa dipinta tetap datang menguji.Untuk apa? itulah lumrah kita sebagai hambaNya.
Seperti firmanNya yang bermaksud: "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...."
FirmanNya lagi: "Hai nafsu (jiwa) yang tenang (suci) kembalilah kamu kepada tuhammu,dengan (hati) redha dan diredha (tuhan).Maka masuklah kamu dalam golongan hamba-hambaKU dan masuklah kanu ke dalam syurgaKu"
"kita"sebagai hambanNya perlu pasrah dengan segala perancanganNya ketabahan dan redha merupakan kunci kepada sebuah sakinah.Taqarrub diri kepada al-khaliq sentiasa mentaati segala suruhanNya dan kekasihNya.Sejukkanlah jiwa kita dengan berwuduk keranaNya tambahkan lagi sakinah dengan ibadah-ibadah sunat di samping tidak melupakan ibadat-ibadat yang difardhukan kerana itulah jalan menuju sakinah yang abadi.
Basahilah bibir-bibir kita dengan kalamuLLAH dengan penuh penghayatan dan kecintaan kita kepadaNya disertakan zikruLLah untuk menyatakan kesyukuran kita kepada segala nikmat dan ujian kerana kita insan terpilih di sisiNya.
Berdoalah kepadaNya:
Ya Tuhan kami,curahkanlah kesabaran ke atas kami dan teguhkan pendirian kami serta tolonglah kami terhadap golongan orang kafir.
Ya tuhan kami,janganlah Engkau palingkan hati kami setelah Engkau tunjuki dan berilah kami dari hadratMu rahmat kerana Engkau adalah Yang Maha Pemberi.
Dan berdoalah:
Ya Allah kukuhkanlah aku dari kemungkinan terpelesetnya iman dan berilah aku petunjuk dari kemungkinan sesat.
Ya Allah sebagaimana Engkau telah memberi penghalang antara aku dan hatiku maka berilahlah penghalang antaraku dan antara syaitan serta perbuatannya.
Ya Allah aku memohon padaMu jiwa yang tenang tenteram yang percaya pada pertemuan denganMu dan redha atas keputusanMu serta merasa cukup dengan pemberianMu.
ameen...
berlapang dada jauhkan sifat mazhmumah insya'Allah ketenangan milik kita.
No comments:
Post a Comment