
KISAH TELADAN YANG BERKAITAN DENGAN SOLAT
KISAH PERTAMA:
Menurut sebuah riwayat diceritakan bahawa seorang wanita kaum Bani Israel telah datang kepada Nabi Musa a.s lalu berkata: Ya Rasul Allah!sesungguhnya aku telah melakukan suatu dosa besar tetapi aku telah bertaubat kepada Allah.Maka doakanlah bagiku semoga Allah mengampuni dosaku dan menerima taubatku.Lalu Nabi Musa a.s pun bertanya kepada wanita itu: Apakah dosa yang telah engkau lakukan itu? Wanita itu menjawab: Ya Rasul Allah! sesungguhnya aku telah berzina kemudian aku melahirkan seorang anak yang telah aku bunuh anak itu. Maka Nabi musa a.s lalu murka lalu berkata kepada wanita itu: Pergilah engkau dari sini sekarang juga,hai wanita yang berdosa dan berzina moga Allah tidak menurunkan api dari langit yang akan membakar kami semua disebabkan oleh kelakuanmu yang keji itu. Maka keluarlah wanita itu dari penghadapan Nabi Musa a.s dalam keadaan bersedih hati. Maka ketika itu juga datanglah Malaikat Jibril a.s turun membawa wahyu sambil mengatakan kepada Musa a.s: Hai Musa! Allah taala menyuruhku menyampaikan firmanNya kepadamu: Mengapakah engkau menghalau wanita yang bertaubat itu hai Musa? Bukankah engkau masih boleh mendapati orang yang lebih jahat lagi dari wanita itu di muka bumi ini? Nabi Musa a.s lalu bertanya kepada Jibril: Siapakah orang yang lebih jahat dari wanita itu? Jibril menjawab: Dia itulah orang yang meninggalkan solat dengan sengaja.
********************************************
KISAH KEDUA:
Menurut riwayat sebahagian ulama' salaf di masa lalu sesungguhnya ada seorang lelaki telah mendatangi saudara perempuannya yang telah meninggal dunia.ketika di kubur saudara perempuannya tiba-tiba dompet berisi wang telah jatuh ke dalam kubur saudara perempuannya itu tanpa diketahui seorang pun sampai ia pulang ke rumahnya. apabila dia teringatkan tentang dompetnya itu maka dia telah ke kubur itu dan menggalinya semula. Maka alangkah terkejutnya apabila kubur itu memancarkan api yang menyala-nyala lalu segeralah ditimbusnya semula kubur itu dengan tanah. Dengan takjub dan menyesal lelaki itu kembali ke rumah menemui ibunya sambil menangis teresak-esak dan mangatakan: Wahai ibuku! Ceritakanlah padaku tentang hal saudara perempuanku apa amal yang telah dikerjakan selama ini? Si ibu merasa terperanjat dan bertanya: Kenapa engkau bertanya begitu? Katanya: Saya lihat kuburnya keluar api dan dia kemudian menceritakan seterusnya. Mendengar cerita itu lalu ibunya menangis sambil mengatakan: Hai anakku saudara perempuan itu tidak berbuat apa-apa selain dia suka meremehkan waktu solat dan melewatkan solat dari waktu yang sebenarnya.
***********************************************
Kita memohon kepada Allah s.w.t moga-moga kita tidak tergolong daripada orang yang tidak menunaikan solat dan mengambil mudah tentang solat serta melewat-lewatkan untuk bersolat pada waktunya.....peringatan untuk diri ini.
Rujukkan:Buku DOSA-DOSA BESAR imam alhafiz Muhammad Bin Ahmad Bin Usman Adz-Dzahaby. kitab bahasa arab: Al-Kabaair
No comments:
Post a Comment