Wednesday, November 21, 2007

BICARA SANTAI...........

Dah lama tak update blog ni.nak kata sibuk tak jugak tapi sejak dua menjak ni rasa kosong je jiwa kerana dah lama santapan untuk rohani dan jiwa tidak di isi selalunya ke surau untuk mendengar kuliah pembelajaran secara tidak informal, betullah kata-kata para ulama' jiwa yang tidak di isi dengan santapan rohani selama 3 hari akan terasa kosong.

Hari isnin minggu lepas ibu tersayang datang ke sini menjenguk cucu baru anak abang yang belum ditengok lagi semenjak dilahirkan......begitulah kasih seorang ibu,tinggal 3 hari dekat rumah abang di Taman Desa Tasik Selangor saya pun duduk kat sana jugak kebetulan suami ke Kuching untuk meeting.Kesempatan yang ada boleh la manja dengan ibu tersayang.

Alhamdulillah semalam pergi test JPJ bahagian bukit,parking dan 3 point-turn yang tak lulus 2 minggu lepas dan syukur sangat ke hadrat Ilahi dipermudahkan segara urusan lulus akhirnya.Ye la dah lama tunggu nak dapat lesen.Belajar kereta dah lama tapi nak ambil test jpj banyak kali tertangguh.......tapi syukur sesangat bab lesen dah setal.Terima kasih untuk suami tersayang yang selalu bagi support dan juga sponsor untuk ambil lesen memandu......hanya Allah yang dapat membalas segala jasa...amin.

Hari-hari mendatang belum lagi tahu kesudahannya moga-moga segala cita2 saya tercapai dan mengharapkan seluas rahmatNYA......moga mentari terus bersinar tapi mendung yang berarak tetap mempunyai hikmatNYA.
dan satu jer tabiat saya tiap hari saya buat iaitu call ibu dan ayah di kampung minta doa restu dari mereka.

Di luar sana hari semakin mendung beserta angin yang menyapa dingin seperti rahmatNya akan turun yang menjanjikan hikmah yang perlu kita fikir-fikirkan.........jumpa lagi.... doakan saya berjaya dunia dan akhirat,dipermudahkan urusan,ditambahkan rezeki,diberi keberkatan dalam kehidupan.......akhir kalam bicara santai saya dengan kata-kata hikmah Saidina Ali Karramallahuwajhah : APABILA ALLAH S.W.T INGIN MENGHILANGKAN SESUATU NIKMAT DARIPADA HAMBANYA,YANG MULA-MULA SEKALI DITARIK BALIK OLEH ALLAH SWT IALAH AKALNYA"

No comments: