
SALAM RAMADHAN........
Assalamaualaikum semua....lama rasanya tidak mencoretkan sesuatu di dalm blog ini, lebih-lebih lagi post terakhir sya pasal SAKIT. Ramai juga sahabat-sahabat tanya khabar, Syukran ke atas keperihatinan sahabat semua......
Tentang gambar saya berada di atas kerusi roda tu, Allah telah uji saya sebagai hambanya dengan kesakitan yang mengakibatkan saya tidak boleh berjalan satu hari...... Allah sahaja tahu bertapa sakitnya saya pada masa itu......kekejangan saraf telah berlaku pada bahagian kaki....puncanya sampai sekarang saya tidak tahu.....Allahu A'lam.
Mujur ada suami di sisi yang membantu.....thanks a lot sayang, Al-hamdulillah selepas hari tu saya tidak mengalaminya untuk kali kedua. Tapi menurut doktor penyakit saya tidak ada time spesifik bila akan berlaku. Penyakit itu akan datang tiba-tiba. itu yang merungsingkan saya bila tiba-tiba.....semoaga Allah sentiasa mempermudahkan segala urusan saya....ameen.
Saya ada juga berjumpa dengan doktor pakar dan x ray bahagian kaki, tapi Al-hamdulillah tidak ada apa-apa yang merungsingkan....namun saya takut penyakit itu akan berlaku tiba-tiba.....
Alhamdulillah sampai hari ini saya masih diberi kesihatan oleh Allah di dalam menjalani kehidupan sebagai hambaNYA........Bulan Ramadhan ini doa banyak-banyak....Saya sekarang ini semakin sibuk dengan tugas sebagai seorang pendidik dan di dalam masa sama sebagai seorang pelajar.....Moga mendapat seluas rahmatNYa.....ameen.
RAMADHAN KAREEM........
No comments:
Post a Comment